Thursday, April 25, 2013

BUDAYA CEMERLANG

Picture of Dr. Zuraidah Binti Abdullah .  " Iklim dan budaya sekolah adalah penting untuk memacu kecemerlangan sekolah. Bagaimanakah anda sebagai pemimpin memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan oleh warga sekolah anda?



RESPON SAYA:

Hasil pembacaan buku Transforming the School Culture: The Role of the Leader yang ditulis oleh Stephen Stolp and Stuart C. Smith ( 1995) , ini adalah diantara langkah-langkah yang saya akan ambil bagi memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan secara berterusan di sekolah saya.

1. Memastikan pembangunan visi dan misi sekolah adalah hasil usahasama setiap pihak yang berkepentingan di sekolah saya termasuklah pelajar, ibubapa dan masyarakat setempat. I will not let them cooperate with me in building the vision, but rather encouraging the staffs and students to share or offer their 'visionary' ideas. The vision building is in truth will be a collaborative effort from every one in the school. When this happen, the shared vision will serve as the bonding agent within the culture because the more committed they are to the vision, the harder they will work together to attain the vision.


2. Pengurusan hari akademik / Organization of the school day

Martin L. Maehr and Rachel M. Buck (1993) berpendapat bahawa, “action  in these areas is critical to determining and transforming the culture of the school and is an important way in which the learning and motivation of students is influenced." Apabila saya sebagai pengetua mengambil tahu dan prihatin terhadap perjalanan/ jadual hari akademik di sekolah saya, secara tidak langsung, saya boleh mengetahui bagaimana pembahagian kelas pelajar dilakukan, bagaimana pelajar mengisi waktu rehat mereka dan sebagainya. Maklumat yang sama berkenaan pengajar juga boleh saya ketahui. Saya boleh  mengetahui bagaimana perancangan pengajaran mereka di buat, pengisian waktu lapang mereka dan juga peranan mereka di sekolah. Ini seterusnya dapat membantu saya mengenalpasti amalan-amalan yang mengarah dan bukan mengarah budaya cemerlang di kalangan warga sekolah saya. Maklumat ini akan dapat membantu saya bagi merancang tindakan yang seterusnya bagi memastikan budaya cemerlang sekolah dipraktikkan secara berterusan.

3. Menjadi contoh/ rol model (secara konsisten)/ Setting a consistent example.

Actions speak loudest. Cara yang paling berkesan dan cekap untuk menetapkan sesuatu budaya adalah dengan menunjukkan model tingkah laku, kepercayaan, dan nilai-nilai yang penting kepada institusi berkenaan. Seorang pengetua yang prihatin dan peka akan mudah untuk mempengaruhi orang disekelilingnya dengan tingkahlaku yang ditunjukkan. Sebaliknya, jika seseorang pengetua itu tidak langsung memperuntukkan masa  untuk kakitangan atau pelajarnya, beliau sebenarnya menggalakkan  budaya yang mementingkan diri sendiri. Oleh itu, saya perlu sentiasa memastikan bahawa saya adalah model yang terbaik - kepimpinan melalui teladan.

4. Pembangunan Staf/ Staff development

Sebagai pengetua, saya boleh melakukan dua pendekatan. Pendekatan pertama adalah bertindak secara langsung dengan menganjurkan bengkel mengikut bidang kepakaran mereka. Dalam seminar ini, saya boleh mengambil peluang inin untuk berkomunikasi atau memberi penekanan kepada nilai-nilai penting yang tertentu. Bengkel juga boleh diadakan serentak dengan penganjuran majlis atau ritual. Pendekatan yang kedua pula adalah bertindak secara tidak langsung dengan memaklumkan kakitangan mereka peluang dalam perkhidmatan dan menggalakkan penyertaan. Memandangkan pengetua adalah serba maklum berkenaan jenis perkhidmatan sedia ada, pengetua boleh membuat cadangan yang bijak tentang program-program yang paling sesuai dengan keperluan budaya sekolah yang sentiasa berubah. Mary Lynn Hamilton dan Virginia Richardson (1995) menyimpulkan bahawa interaksi antara budaya sekolah dan pembangunan staf boleh mempengaruhi kerjasama kumpulan dan pembahagian kuasa di kalangan guru.

5. Mencari anggota kerja yang serasi/ Seeking compatible staffs.

Langkah seterusnya adalah memilih kakitangan yang berkongsi nilai-nilai dan kepercayaan yang sama tentang pendidikan dengan saya sebagai pengetua. Kita telah sedia maklum yang pengetua tidak akan mampu untuk melakukan perubahan ini secara bersendirian. Oleh itu, pengetua perlu melantik sekumpulan warga kerja yang bukan sahaja layak dari segi teknikal tetapi juga berkongsi nilai-nilai yang sama dengan wawasan kecemerlangan pengetua. "getting the right staffs" merupakan komponen penting dalam pembentukan budaya sekolah yang sihat. 

6. Pengiktirafan terhadap kakitangan/ Recognizing staff members.

Pengiktirafan atau penghargaan terhadap kakitangan perlu dilakukan secara nyata dan tulus. Ianya bertujuan bagi meningkatkan semangat kakitangan dan penekanan kepada nilai yang tertentu, seperti harapan yang tinggi untuk pencapaian pelajar. Pengiktirafan boleh dinyatakan secara rasmi atau tidak rasmi. Pengetua boleh menunjukkan penghargaan rasmi melalui nota dan komen yang positif, secara peribadi mahupun dalam  perjumpaan bersama kakitangan. Bagi keadaan-keadaan atau situasi yang kurang menggalakkan, pengetua boleh merancang acara sarapan atau makan malam dengan memberi pengiktirafan kepada guru-guru dengan anugerah lucu dan / atau serius? Dalam era media elektronik, pengetua juga boleh menggunakan e-mel untuk menyampaikan galakan positif. Selain dari itu, pengetua juga boleh mencalonkan anggota kerja yang layak bagi penganugerahan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. 

7. Refleksi dan dialog/ Reflection and dialogues.

Beberapa pelajaran yang paling penting dalam proses perubahan budaya datang dari kakitangan, ibu bapa, pelajar dan guru-guru. Sering kali pemimpin terjebak dalam macropolitics perubahan organisasi, dan mereka gagal untuk mendengar atau menimbangkan suara individu. Bolman dan Deal menasihati pengetua agar memandang serius akan pendapat mereka. Para penulis berpendapat bahawa "kebanyakan pengurus atau pemimpin mempunyai pengetahuan yang terlalu sedikit atau salah faham tentang apa yang berlaku kepada mereka. Pembelajaran yang berkesan memerlukan refleksi individu atau perbincangan rakan sebaya bagi menyunting pengajaran penting daripada pengalaman hidup." Refleksi kendiri boleh dipertingkatkan dengan maklum balas. Pemimpin sekolah perlu mengambil masa untuk mendengar pendapat orang lain, mungkin juga mewujudkan satu mekanisme rasmi untuk dialog dan maklum balas seperti mesyuarat, tempat bersantai, dan peti cadangan. "Berfikir luar daripada keadaan yang berlaku dan menghuraikan sebab-sebab yang kompleks serta kesan," kata Bolman dan Deal, "memainkan peranan yang penting dalam memikirkan apa yang perlu dilakukan dalam keadaan yang berbeza di masa akan datang."  Oleh itu, saya perlu mendengar dan memikirkan tentang cadangan daripada rakan-rakan atau subordinat saya  dalam menguruskan proses perubahan dengan lebih baik. Ini adalah satu langkah penting dalam mewujudkan persekitaran yang terbuka kepada perubahan budaya.


8. Saya juga akan mengambil iktibar daripada pesanan Jane Arkes dari George Middle School di Portland, Oregon daripada buku tersebut iaitu:

  • Pembinaan kumpulan kerja perlu di beri perhatian.
  • Bina hubungan yang baik dengan staff, kenali sumber sokongan.
  • Fokus kepada doing less is better than more.
  • Menjana idea-idea baru dari kumpulan-kumpulan dan individu.
  • Mengenalpasti masalah yang paling penting.
  • Agenda pengetua adalah yang bukan  utama.
  • Buatkan staff teruja dengan tugasan yang diberi.
  • Beringat bahawa beberapa perkara yang hanya boleh dipelajari dengan masa dan pengalaman.
  • Belajar dari pelajar dan kakitangan.
  • Terima hakikat bahawa bukan semua akan  dapat dilakukan.
  • Put people before paper.
  • Perlu sedar bahawa anda tidak mempunyai jawapan kepada semua perkara kerana setiap orang mempunyai batasan.
  • Ambil kira nilai staf dan pelajar berbanding dengan anda sendiri.
  • Tanya pendapat orang lain.
  • Jarakkan diri apabila menilai sesuatu perubahan.

(Personal communication, September 13, 1993)

No comments: