Ulasan Artikel 05




The effects of school culture and climate on student achievement

Angus J. Macneil, Doris L. Prater and Steve Busch
International Journal Leadership in Education: Theory and Practice, Jan- March 2009, Vol. 12, No.1, 73-84


Ulasan Artikel

Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat sama ada sekolah kategori Exemplary, Recognized and Acceptable berbeza dalam iklim sekolah mereka, seperti yang diukur oleh 10 dimensi Inventori Kesihatan Organisasi. Perbezaan yang signifikan telah ditemui dalam kesemua 10 dimensi Inventori Kesihatan Organisasi, dengan dapatan menunjukkan sekolah kategori Exemplary mengatasi sekolah kategori Acceptable. Kajian data menunjukkan tiada perbezaan signifikan di antara sekolah Exemplary dengan sekolah kategori Recognized. Dapatan kajian juga menunjukkan sekolah kategori Recognized mengatasi sekolah Acceptable  bagi dimensi Fokus kepada Matlamat, dan Adaptasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar sekolah yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang sihat berjaya mencapai skor yang lebih tinggi dalam ujian selaras yang diadakan.


Kajian ini mengenal pasti tiga kategori sekolah berdasarkan pencapaian akademik pelajar. Kategori-kategori tersebut adalah sekolah kategori Exemplary, Recognized and Acceptable ' berpandukan Sistem Ranking Akauntabiliti Texas. Ketiga-tiga kategori sekolah tersebut kemudiannya dinilai berdasarkan 10 dimensi iklim sekolah seperti yang diukur oleh Inventori Kesihatan Organisasi (OHI). Dimensi tersebut merangkumi
1.     Goal Focus
2.     Communication
3.     Power equalization
4.     Resource utilization
5.     Cohesiveness
6.     Morale
7.     Innovativeness
8.     Autonomy
9.     Adaptation
10.  Problem solving

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sekolah kategori Exemplary didapati mempunyai iklim yang sihat daripada sekolah kategori Acceptable dengan perbezaan yang signifikan bagi dimensi Goal Focus dan Adaptation. Kaji selidik Ohi mengesan tahap ‘kesihatan’ sekolah-sekolah tersebut dengan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan pelbagai aspek persekitaran sekolah. Sebelas daripada 80 soalan Ohi merujuk secara langsung kepada prestasi pengetua yang berkesan sebagaimana undian oleh guru-guru sekolah.

Kajian ini juga memberi banyak contoh daripada kajian terdahulu bahawa pengetua sekolah mesti memahami budaya sekolah sebelum melaksanakan perubahan (Leithwood et al. 2001). Dalam kajian mereka, Kytle dan Bogotch (2000) mendapati bahawa usaha pembaharuan sekolah adalah dilakukan melalui 'pembudayaan semula', dan bukannya berdasarkan model 'penyusunan semula'. Mereka mendapati bahawa perubahan sebenar dan berterusan adalah lebih mudah dicapai dengan terlebih dahulu mengubah budaya sekolah, bukannya dengan hanya mengubah struktur cara sekolah beroperasi dan fungsi.

Pengetua sekolah yang memilih untuk memimpin, dan bukan hanya mengurus perlu memahami budaya sekolah tersebut. Apabila organisasi mempunyai kefahaman yang jelas tentang tujuannya, mengapa ia wujud dan apa yang perlu dilakukan dan siapa harus menerima khidmatnya, ianya akan diterjemahkan sebagai budaya yang akan memastikan bahawa perkara-perkara dapat berlangsung dengan baik. Dan jika corak kompleks kepercayaan, nilai, sikap, harapan, idea dan tingkah laku dalam organisasi adalah yang tidak sesuai, budaya yang terhasil akan memastikan kegagalan atau kelemahan dalam aktiviti atau program yang dilakukan. Pengetua sekolah yang berjaya memahami peranan penting yang dimainkan oleh budaya organisasi dalam membangunkan sekolah yang berkesan.

Pengkaji juga menyelitkan banyak bukti kukuh mengenai kepentingan kepimpinan dalam mewujudkan sekolah yang baik (Freiberg 1999, bosan dan Kirby 2000, Donaldson 2001, Sergiovanni 2001, Snowden dan Gorton 2002). Pengetua mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembentukan budaya dan iklim sesebuah sekolah. Leithwood (1992) merujuk kepada pengetua sebagai 'ejen perubahan' dan berpendapat bahawa mereka memberi kesan kepada sekolah melalui transformasi budaya sekolah. Tambahan pula, kajian penyelidikan yang meneroka kesan tidak langsung kepimpinan pengetua ke atas pencapaian pelajar telah mendapati bahawa kepimpinan pendidikan adalah berkaitan dengan organisasi dan budaya sekolah, yang mempunyai kesan terhadap pencapaian pelajar (Witziers et al. 2003).

Pengkaji juga menerangkan tentang apa yang dimaksudkan dengan sekolah ‘sihat’ dan sekolah yang ‘tidak sihat’. Fairman dan Clark (1982) menyifatkan sekolah yang ‘sihat’ sebagai adalah sekolah-sekolah yang mempunyai criteria yang berikut iaitu berfokuskan matlamat,  berkomunikasi, persamaan kuasa optimum, penggunaan sumber, perpaduan, semangat, inovasi, autonomi, penyesuaian dan kemampuan penyelesaian masalah. Oleh itu, perbandingan antara iklim sekolah dan pencapaian pelajar boleh membantu pengetua sekolah menumpukan usaha mereka untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Schlechty (1997) berpendapat bahawa perubahan struktur yang tidak disokong oleh perubahan budaya akan menemui kegagalan  kerana hanya melalui budaya, sesebuah organisasi akan menemui makna dan kestabilan. Apa yang saya boleh simpulkan disini ialah peningkatan dalam pencapaian pelajar hanya akan berlaku di sekolah-sekolah yang mempunyai budaya positif dan professional, yang mencerminkan iklim sekolah yang positif.

Kritikan Artikel

Jelas disini bahawa kepimpinan budaya di kalangan pengetua adalah sangat penting bagi mencapai kecermelangan sekolah. Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai , kepercayaan dan unsur budaya yangdapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik . Peranan ini termasuklah mengadakan aktiviti sosialisasi guru dan pelajar dengan budaya sekolah . Ini termasuklah mengadakan upacara memberi hadiah atau penghargaan kepada sesuatu kejayaan yang dicapai . Kepimpinan seperti ini sering memperlihatkan usaha bagi mengekalkan imej dan prestij sekolah . Disamping itu , peranan ini juga melibatkan usaha untuk menarik perhatian setiap orang guru dan pelajar di sekolah dan juga orang lain terhadap pencapaian matlamat sekolah dan perhubungan yang mesra.

Tidak keterlaluan jika saya simpulkan disini bahawa budaya sekolah banyak bergantung kepada kepimpinan seseorang pengetua. Pengetua mempunyai kuasa dalam membentuk budaya sekolahnya sendiri dan untuk melakukan perubahan ini, ia mungkin memakan masa yang lama. Ini adalah kerana warga sekolah yang berada di situ telah biasa dengan budaya yang sedia ada. Apa yang harus dilakukan oleh pemimpin adalah dengan melakukan perubahan itu secara perlahan dan meningkatkan masa berinteraksi dengan para guru. Pengetua yang mengetuai sistem pengurusan sekolah mestilah memupuk semangat kekitaan dan kepunyaan di kalangan warga sekolah dan melibatkan guru-guru dalam proses perancangan dan membuat keputusan.

Sudah pasti budaya sekolah yang positif akan dapat mewujudkan pola-pola perhubungan manusia yang baik, suasana yang tenteram, keadaan persekitaran sekolah yang bersih serta di penuhi dengan aktiviti-aktiviti keilmuan. Keadaan ini akan seterusnya dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pembelajaran dan penghayatan nilai murni. Dengan cara demikian, usaha untuk pembentukkan akhlak dan sahsiah pelajar juga dapat berjalan dengan lancar dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Oleh itu, pendapat Fiore (2000) bahawa  pengetahuan tentang budaya sekolah adalah penting bagi pemimpin sekolah perlu diberi perhatian.

Kenyataan bahawa kegagalan memahami budaya sekolah tertentu akan mengakibatkan kesulitan bagi pengetua, terutamanya pengetua baru di sesebuah sekolah itu adalah benar. Saya sendiri pernah mengalami situasi tersebut. Apabila seseorang pengetua baru ini tiba dan menyatakan secara terang akan ketidakpersetujuan beliau terhadap sesuatu cara yang telah lama dimalkan di sekolah, dan cuba menukar amalan tersebut secara drastik dan paksa, beliau mendapat banyak tentangan daripada pihak guru dan pelajar. Saya berpendapat ini bukanlah strategik yang baik kerana guru dan juga pelajar mulai hilang keyakinan dan hormat kepada beliau sebagai pengetua, yang saya jangka akan menyulitkan usaha beliau untuk menerajui pengurusan sekolah tersebut. Sebagai pengetua yang baru bertugas, beliau harus peka terhadap budaya sekolah yang sedia ada. Pembaharuan dan perubahan akan sukar dilaksanakan jika beliau tidak memahami apakah nilai-nilai yang dianggap penting oleh guru, ibu bapa dan pelajar sekolah tersebut.

Pengetahuan tentang budaya sekolah juga penting bagi guru-guru kerana mereka adalah orang yang hampir dengan pengetua dalam membantu sekolah mencapai matlamat yang telah dirancang. Justeru, sebagai orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang telah dipersetujui bersama maka mereka juga perlu memahami budaya sekolah. Kefahaman tersebut juga dapat membantu mereka mengenal pasti amalan-amalan yang tidak produktif dan kemudiannya membentuk satu budaya yang lebih kuat.Selain itu, pengetahuan tentang budaya akan dapat membantu guru memikirkan unsur-unsur yang mempengaruhi budaya sekolah dan menentukan proses pengajaran & pembelajaran yang mempengaruhi amalan di sekolah agar dapat menghasilkan pelajar-pelajar bersikap positif, cerdas dan berpandangan jauh. Guru-guru akan memperoleh kepuasan bekerja dan produktiviti yang tinggi jika persekitarannya mempunyai ideologi organisasi yang kuat, penglibatan bersama, kepimpinan yang berkarisma dan hubungan yang rapat antara warga sekolah.

Budaya juga mempunyai kaitan dengan motivasi guru dan pelajar, produktiviti, kepuasan kerja, sikap guru dan pencapaian pelajar (Rusni, 2005). Ini jelas menunjukkan budaya mempengaruhi semua elemen penting dalam sesebuah sekolah, bermula daripada penerapan nilai dalam diri individu sehinggalah ke pencapaian sekolah. Mahu tidak mahu, pengetua perlu mengetahui, mendalami budaya yang sedia ada dan perubahan perlu dilakukan secara terancang dan berhemah. Pengetua harus membina budaya sekolah yang kuat agar warga sekolah akan berusaha ke arah pencapaian matlamat yang ditentukan dan akhirnya berjaya dicapai.

No comments: