Thursday, May 9, 2013

DALAM & LUAR: Model Penambahbaikan Pengajaran Guru @ Polisi Pendidikan

Terdapat pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam meningkatkan pembelajaran murid. Salah satunya adalah melalui penambahbaikan pengajaran guru dalam bilik darjah dan penambahbaikan dari segi polisi pendidikan. Sila berikan beberapa model sarjana tempatan dan barat yang telah melaksanakan kajian mereka tentang perkara ini.


Bagi menjawab soalan ini, saya mulakan pencarian saya dengan menyalari internet, membaca kajian-kajian yang telah dilakukan baik di luar negara mahupun di dalam negara. Hasil daripada carian saya adalah seperti berikut:


A. Co-teaching Model


Co-pengajaran ditakrifkan sebagai dua orang guru yang bekerja bersama-sama dengan kumpulan pelajar dan berkongsi perancangan, organisasi, penyampaian dan penilaian pengajaran serta ruang fizikal. Co-pengajaran adalah bersifat kolaboratif dan komunikasi yang bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Kejayaan co-pengajaran bergantung kepada penglibatan aktif kedua-dua guru dalam semua aspek pengajaran.

Enam pendekatan yang digunakan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:






Bahan pembacaan saya:

  1. IMPROVING STUDENT ACADEMIC ACHIEVEMENT USING A CO-TEACHING MODEL OF STUDENT TEACHING by Nancy Bacharach, Teresa Heck, and Kathyrn Dahlberg, St. Cloud State University(http://coehs.umt.edu/deanoffice/accred/ncate/standard3/St.%20Cloud-Co%20Teach%20Model.pdf)
  2. Implementing a Co-Teaching Model for Improving EFL learners’ Grammatical Proficiency by Mohammad Aliakbari, PhD Ali Mansoori Nejad, MA, (http://conference.pixel-online.net/ICT4LL2010/common/download/Proceedings_pdf/ILT17-Aliakbari.pdf)

B. Lesson Study ( Kajian Pengajaran) 


Lesson study involves a small team of instructors (researcher and the candidate teachers), working together to design, teach, study, and refine a single class lesson. This work culminates in at least four tangible products; the first including a detailed usable lesson plan, second is an in-depth study of the lesson that investigates teaching and learning interactions, third is explaining how students respond to instruction, and fourth is how instruction might be further modified based on the evidence collected. 





Bahan bacaan saya:


  1. Pengenalan Lesson Study (http://www.ppdkp.net/UNIT%20AKADEMIK%20PPDKP/downloads/pengenalan_ls.pdf)
  2. Lesson Study as a Model for Building Pedagogical Knowledge and Improving Teaching by William Cerbin and Bryan Kopp, University of Wisconsin – La Crosse (http://www.isetl.org/ijtlhe/pdf/ijtlhe110.pdf)
  3. Mathematics Teaching Via the Lesson Study Model (http://www.krepublishers.com/02-Journals/IJES/IJES-05-0-000-13-Web/IJES-05-1-000-13-ABST-PDF/IJES-05-1-011-13-234-Bayaga-A/IJES-05-1-011-13-234-Bayaga-A-Tt.pdf)
  4. Improving Teaching Through Lesson Study by Tracy C. Rock and Cathy Wilson (http://www.teqjournal.org/backvols/2005/32_1/rock%26wilson.pdf)

C. The Classroom Flip Model/ Flip Teaching


The classroom flip (or inverted classroom) is one such innovative classroom structure that moves the lecture outside the classroom via technology and moves homework and practice with concepts inside the classroom via learning activities.



Bahan bacaan saya:


  1. http://www.wired.com/magazine/2011/07/ff_khan/all/1
  2. http://dl.dropboxusercontent.com/u/249331/Inverted_Classroom_Paper.pdf
  3. http://fie-conference.org/fie2010/papers/1321.pdf


D.     Teacher Leadership / Teacher Leader Model Standard












Bahan bacaan saya:

  1. Teacher Leadership: Rational, Strategy and Impact by David Frost and Judy Durrant, School Leadership and Management, Vol 23, No. 2, May 2003. (http://classes.uleth.ca/200701/educ5850ola/TeacherLeadership.pdf)
  2. The Principal as Chief Learning Officer: Developing Teacher Leaders by Ruth C. Ash and J. Maurice Persall (http://www.change-specialists.com/articles/The%20Principal%20as%20Chief%20Learning%20Officer.pdf)


E.      Professional Learning Communities

PLC ialah singkatan kepada program profesional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )

Bahan bacaan saya:

  1. Professional Learning Communities: An Ongoing Exploration by Melanie S. Morrissey (http://allthingsplc.info/pdf/articles/plc-ongoing.pdf)


F.      The Six Steps Teaching Factory Learning Program Model or the 6M-     
         Teaching Factory Learning Model (TF-6M Model).

Bahan bacaan saya:


  1. DEVELOPING A TEACHING FACTORY LEARNING MODEL TO IMPROVE PRODUCTION COMPETENCIES AMONG MECHANICAL ENGINEERING STUDENTS IN A VOCATIONAL SENIOR HIGH SCHOOL Dadang Hidayat Martawijaya , Indonesia University of Education,Indonesia (http://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTET/article/viewFile/637/413)


G. Trust School Programme


Trust School Programme is a response to Malaysian Government’s call for greater Public-Private Partnerships (“PPP”) in the education sector towards improving student outcomes and school 

performance.


Bahan bacaan saya:


  1. MEDIA STATEMENT, 10 December 2010, Khazanah’s Yayasan Amir launches 10 Trust Schools under a Public-Private Partnership (http://www.khazanah.com.my/docs/10Dec2010_TrustSchool_statement.pdf)









Friday, May 3, 2013

Keberkesanan Sekolah dari segi Perbelanjaan Pendidikan bagi seorang pelajar

Bagaimana anda dapat mengukur perbelanjaan yang telah diberikan oleh pihak Mara kepada pelajar2 MRSM? Adakah perbelanjaan yang diberikan itu telah dapat menghasilkan kualiti pendidikan yang tinggi kepada negara? 

Respon saya:

Walaupun soalan ini lebih ditujukan kepada mereka yang bertugas di MRSM, saya merasakan bahwa saya juga perlu mengambil tahu berkenaan perbelanjaan yang diberikan oleh pihak MARA bagi pelajar-pelajar saya yang mengikuti program diploma di Kolej Kemahiran Tinggi MARA dalam bidang teknikal dan kemahiran.

Berdasarkan hasil pembacaan ( Rahmah & Nanthakumar: 2007, Naziatul, Rahmah & Poo Bee Tin : 2012), apabila kita menyentuh tentang soal perbelanjaan pendidikan, kita tidak akan dapat lari daripada membincangkan tentang kadar pulangan pendidikan yang selalunya berkaitan dengan  pengiraan kadar pulangan sosial dan kadar pulangan persendirian. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pulangan sosial? Kadar pulangan sosial merujuk kepada peringkat pencapaian pendidikan dan masa persekolahan pelajar ( Thias dan Carnoy, 1972 dalam Rahmah & Nanthakumar, 2007) manakala kadar pulangan persendirian merujuk kepada jumlah kos perbelanjaan pelajar sepanjang tempoh pembelajaran. Antara kos persendirian yang diambil kira ialah, yuran, pakaian, kos pengangkutan, peralatan dan kos perbelanjaan buku dan sebagainya.

Apa yang saya pasti, pada hari pendaftaran, pelajar KKTM perlu menyediakan secara anggaran RM900 untuk urusan bayaran pada hari tersebut. Untuk setiap semester, mereka perlu membuat pembayaran sebanyak RM75 bagi aktiviti pelajar. Jika dihitung, sepanjang tiga tahun mereka di sini, mereka perlu membayar dalam anggaran RM1275 atau lebih. Walaubagaimanapun, MARA memberi mereka elaun sebanyak RM300 setiap bulan, dan pelajar tidak perlu membayar gaji pensyarah, penginapan di asrama, peralatan dan senggaraan bangunan dan sebagainya yang memang ditanggung dan disediakan oleh MARA.  Agak sukar untuk saya membuat anggaran perbelanjaan yang tepat bagi setiap pelajar KKTM, namun saya amat pasti perbelanjaan yang dikeluarkan adalah lebih tinggi berbanding pelajar diploma aliran bukan teknikal. MARA juga menawarkan peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat ijazah bagi graduan KKTM yang berkelayakan. 

Mungkin ramai yang berpendapat MARA mengeluarkan belanja yang besar bagi pembiayaan pendidikan seseorang pelajar. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa pelaburan dalam proses pendidikan seseorang individu itu adalah kritikal, bukan sahaja bagi menjamin masa depan yang lebih produktif bagi individu itu sendiri, malah yang paling utama adalah menyumbang ke arah usaha negara untuk menjelmakan lebih ramai 'warga' negara yang 'berkualiti' bagi merealisasikan aspirasi negara ke arah pembentukan negara maju.