Saturday, March 23, 2013

Kenapa menaakul?



Apabila ditanya apakah kemahiran yang ALLAH anugerahkan kepadaku yang banyak membantu di sepanjang tempoh pembelajaran ku di UM, perkara pertama difikiran ku adalah kemahiran membaca. Dari kecil, buku adalah teman sejati - bunyinya seperti klise tapi itu adalah apa yang berlaku dalam hidupku. Buku ku anggap sebagai laluan untuk mengasingkan diri daripada dunia luar yang pada ketika itu adalah begitu 'asing' dan 'mengelirukan'. Mungkin kerana itu juga aku tidak punya banyak kenalan dan di anggap 'anti-sosial' bagi sesetengah orang. Walaubagaimanapun, aku belajar banyak perkara dan ilmu baru yang kekadang sukar untuk difahami hanya daripada memerhatikan.
Saya sentiasa menganggap diri sebagai seorang ahli pemikir. Mungkin itu sebabnya salah seorang dari rakan sekelas merujuk saya sebagai seorang yang mempunyai kemahiran menaakul yang tinggi. amin. Disebabkan itu, saya tertarik untuk membaca lebih lanjut berkenaan menaakul, dan ini yang saya temui:

Apakah itu menaakul (reasoning)? Sebenarnya pelbagai istilah boleh digunakan bagi menerangkan apakah itu menaakul (reasoning). Antara istilah yang biasa digunakan ialah pemikiran kritikal (critical thinking), pemikiran aras tinggi (higher-order thinking), penaakulan secara logic (logical reasoning) atau penaakulan mudah (simply reasoning).


Istilah-istilah tersebut digunakan secara berbeza berdasarkan kepada bidang yang dibincangkan. Namun demikian, daripada pelbagai jenis bidang tersebut ianya mempunyai perkaitan dan kesamaan. Kemahiran menaakul biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Kemahiran berfikir dalam aras yang lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan bagi abad ke 21. Bagi menyediakan rakyat ke arah tersebut, perubahan kepada tahap pemikiran pelajar-pelajar di sekolah harus segera dilaksanakan. Usaha-usaha tersebut adalah sangat diperlukan daripada pihak guru-guru di sekolah dalam menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru perlu lebih kreatif dalam memberikan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kepada pelajar sebagai asas dalam melahirkan pelajar yang mampu membuat penaakulan secara logik dan sistematik yang mana akhirnya mereka mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Pemikiran secara kritikal sperti menjalankan kajia, membuat hubung kait dan menilai segala aspek permasaalahan dari pelbagai situasi adalah amat perlu bagi melahirkan pelajar yang berfikiran aras tinggi.

Setiap pelajar mempunyai potensi kearah pemikiran aras tinggi dan kemahiran menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan potensi tersebut terutamanya dalam matematik. Untuk menjadikan pelajar itu lebih yakin dan mampu menjana idea pembelajaran sendiri, mereka perlu berkembang dalam kebolehan berfikir secara logic dan bertindak dengan lebih kreatif. Untuk membekalkan situasi pembelajaran berkenaan berlaku, adalah penting penekanan diberikan kepada kemahiran menaakul dalam apa jua aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar menerangkan Kemahiran Menakul adalah seperti berikut:

Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekirannya seseorang individu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Melalui penaakulan secara induktif seseorang boleh membuat satu kesimpulan atau pengitlakan, manakala penaakulan secara deduktif seseorang boleh membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Kemahiran menaakul ini bertindak sebagai pelincir semasa menggunakan kemahiran kritis, kreatif dan startegi berfikir.

Definisi Membuat Penaakulan
Kemahiran membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama.
Kemahiran digunakan untuk Meningkatkan keberkesanan:
(i)    Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan.
(ii)   Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Penaakulan Induktif
Langkah Penggunaan:
(i)     Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik
(ii)     Perhatikan cirri yang sepunya
(iii)    Buat satu kesimpulan atau pengitlakan

Penaakulan secara Deduktif
Langkah Penggunaan:
(i)     Teliti situasi umum
(ii)    Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik


Kesimpulannya, sebagai pemimpin kepada diri-sendiri dan (insyaALLAH) bakal pemimpin sesebuah organisasi pendidikan, kemahiran menaakul perlu ada, dan perlu sentiasa disusuli dengan tindakan agar sebarang permasalahan atau kekeliruan dapat ditangani dengan berkesan. 


Suka saya untuk berkongsi satu pendapat yang dikemukakan oleh Johann Wolfgang von Goethe:


"Thinking is easy, acting is difficult,and to put one's thoughts into action is the most difficult thing in the world."

amin.

No comments:

There was an error in this gadget