Sunday, February 24, 2013

POSITIVE POSSIBILITIES



You' ve done it before and you can do it now. See the positive possibilities. Redirect the substantial energy of your frustration and turn it into positive, effective, unstoppable determination.
~ Ralph Marston

Kelas bersama Dr. Zuraidah banyak membuka minda saya, yang sudah agak lama ' terlena' dan 'tenggelam' dalam rutin harian yang serba 'biasa'.  Sebelum ini, saya sentiasa mengandaikan yang saya sedang berdepan dengan 'dinding kota yang begitu kukuh' yang tidak mungkin saya dapat tembusi. Ianya boleh diibaratkan seperti melempar bola ke dinding, yang sentiasa melantun kembali kepada si pelontar bola akibat buatan dinding yang begitu kukuh. Setiap kali saya cuba untuk memberi pandangan atau cadangan, 'dinding' itu dengan segera akan terasa dekat. Akhirnya, saya kembali seperti bola yang apabila dilantun beberapa kali, ianya mula kehilangan 'bentuk' asalnya. 

Salah seorang rakan sekelas menegur saya, menyuarakan keheranannya akan kenapa saya begitu diam di dalam kelas bersama Dr.Zuraidah, padahal ramai yang mengetahui betapa saya amat suka bertanya. Dengan senyuman, saya menjawab bahawa Dr. Zuraidah menakjubkan saya. Pada saat itu, saya amat bersyukur kerana Allah SWT telah murahkan rezeki saya untuk bertemu dengan seorang professor sehebat Dr. Zuraidah. Dan saya yakin, pertemuan ini adalah permulaan bagi satu 'penghijrahan' yang hebat. amin.

2 comments:

Only me said...

Semoga banyak manfaat yang akan diperolehi di dalam kursus ini nanti.

Hamida Mathairi said...

Semoga ceria selalu. Tahniah...

There was an error in this gadget